Kes tikam pelajar  : Suspek masuk di sebuah kelas tunjuk pisau, baju, tangan ada darah

Seorang pelajar Tingkatan Satu berkata, dia terkejut dan berdebar-debar apabila seorang pelajar lelaki masuk ke kelas mereka sambil memegang pisau.

Menurut pelajar tersebut, terdapat kesan darah di pisau, tangan dan baju pelajar lelaki berkenaan.

“Dia (suspek) masuk sekejap saja. Masuk dan tunjuk pisau, tapi tak acu dan ugut kami yang lain. Lepas itu dia keluar semula… waktu itu kami rasa berdebar-debar.

“Saya tidak mengenali dia. Setahu saya dia ini seorang yang pendiam,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian pagi ini, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam beberapa kali oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaliang Jaya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar berkata, dia terdengar suara jeritan pelajar perempuan di tandas aras bawah dari kelasnya di tingkat tiga sebelum melihat seorang pelajar berlari turun ke bawah.

“Saya lihat ada budak lelaki berlari seperti mahu turun ke bawah (dipercayai untuk membantu). Pada mulanya saya ingatkan ada pelajar kena marah dengan cikgu atau ada kejadian lain.

“Sebelum itu juga saya ada nampak budak lelaki (dipercayai suspek) memegang senjata pisau,” katanya.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img