Masalah peribadi dan perasaan cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 42 ditikam sebanyak 21 kali oleh rakannya,31 dalam kejadian di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal Melaka semalam.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian petang semalam, kedua-dua mangsa yang merupakan warga Bangladesh ditemui mati sebuah rumah teres setingkat di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini.
‘’Mangsa berusia 42 tahun mengalami 21 kesan tikaman pada tubuh, manakala rakannya berusia 31 tahun ditemukan tergantung di kipas siling dalam bilik kediaman berkenaan. Mangsa berusia 42 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah di bahagian dapur dengan kecederaan parah di kepala dan badan.
“Pemeriksaan lanjut menemui dua bilah pisau dan sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya lapor Sinar Harian.
Beliau. Berkata, kedua-dua mangsa adalah rakan serumah dan bekerja sebagai buruh binaan serta menyewa bersama seorang lagi rakan senegara yang tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja.
Polis percaya tragedi berdarah itu berpunca daripada masalah peribadi dan perasaan cemburu membabitkan seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada mangsa berusia 31 tahun.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 42 tahun itu dibunuh oleh lelaki berusia 31 tahun itu. Setakat ini motif disyaki akibat cemburu. Ini kerana lelaki yang mati tergantung di bilik itu sudah berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia yang tinggal bersama di rumah itu. Namun wanita itu melarikan diri bersama seorang anak kira-kira dua minggu lalu.
“Kita syak mungkin berlaku kecurangan dan perselingkuhan antara isterinya dan mangsa yang mati dengan 21 kesan tikaman itu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan turut mendapati jiran berhampiran mendengar bunyi pertengkaran dari rumah tersebut sebelum kejadian disedari kira-kira jam 7 malam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4496″]


