Lembah Klang, Johor terputus bekalan elektrik berikutan gangguan bekalan di stesen penjana bebas di Melaka

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Baharu terputus bekalan elektrik susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka hari ini.

TNB menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan bekalan di sekitar kawasan terbabit adalah akibat pelantikan di Edra Power Plant.

“Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

TNB turut menasihati orang awam supaya segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi talian 15454 atau menghantar pesanan menerusi Facebook TNB Careline, media sosial X @Tenaga_Nasional atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my.

TNB turut memaklumkan bekalan elektrik yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di stesen penjana itu sedang dipulihkan secara berperingkat.

Menurut kenyataan itu, setakat 5.30 petang, bekalan telah dipulihkan di kawasan ⁠Damansara City,  ⁠⁠Sri Hartamas, ⁠⁠Danau Desa, SPPK Cheras, ⁠⁠Ampang, ⁠⁠Bukit Jalil,⁠ ⁠⁠Sri Damansara, ⁠Kota Puteri dan Pasir Gudang Darat.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img