Lagi kes rogol berkumpulan di sekolah, empat remaja termasuk tiga pelajar ditahan di Baling

Apa sudah jadi dengan pelajar sekolah? Belum habis orang ramai memperkatakan mengenai kes rogol pelajar di Melaka, berlaku kes terbaru di Baling apabila empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah dalam daerah itu, ditahan polis.

Mereka   disyaki terlibat dalam kes  rogol secara berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, berkata polis menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun pada Ahad lalu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel.

Susulan itu, tiga pelajar sekolah berkenaan dan seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam pada hari sama untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kelas sekolah berkenaan.

“Berikutan itu, semua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya lapor Beria Harian.

Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.

Katanya, polis memandang serius kejadian ini dan meminta orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga supaya memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak terutamanya dalam kalangan remaja.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img