Tetakan di leher daripada senjata tajam punca dua beranak meninggal dunia

DUA  beranak yang dibunuh dalam kejadian tragis di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam semalam disahkan meninggal dunia akibat luka parah pada bahagian leher dipercayai akibat senjata tajam.

Pakar Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang leher yang dipercayai menjadi punca utama kematian mereka.

“Saya percaya kedua-dua mangsa meninggal dunia dalam tempoh yang hampir sama. Luka yang dialami sangat teruk dan berpunca daripada senjata tajam seperti pisau pemotong daging,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya hari ini, lapor Sinar Harian.

Dr Zahari berkata, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa yang menunjukkan kemungkinan berlaku pergelutan sebelum kejadian.

Kata beliau, kesan luka menunjukkan menunjukkan mereka seperti cuba menangkis serangan.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian mangsa pertama telah diserang terlebih dahulu sebelum suspek naik ke tingkat atas dan menyerang anaknya.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru di sini.

Menurutnya, setakat ini seorang lelaki iaitu suami mangsa berusia 57 tahun ditahan reman selama seminggu hingga 25 Oktober ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Walaupun lelaki itu ditahan namun siasatan tetap diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian dan pelaku sebenar yang terlibat.

“Kita tahan suami mangsa hingga 25 Oktober ini untuk membantu siasatan dan siasatan diteruskan untk mengenal pasti motif kejadian serta pelaku yang terlibat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, tambahnya.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img