Prabowo saksikan penyerahan timbunan wang tunai RM3.8 bilion hasil siasatan kes rasuah eksport minyak sawit

JIKA di Malaysia, wang berjumlah berbilion ringgit yang disita daripada pelaku rasuah atau salahguna kuasa, akan terus dimasukkan ke dalam akaun kerajaan, tetapi ia berbeza di Indonesia.

Hari ini, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menghadiri satu majlis yang dianggap unik iaitu menyaksikan penyerahan wang tunai pengganti kerugian negara berjumlah Rp13.2 trilion (anggaran RM3.8 bilion) hasil sitaan dalam kes rasuah eksport minyak sawit mentah (CPO) yang menggegarkan negara itu baru-baru ini.

Wang berkenaan diserahkan oleh Peguam Negara ST Burhanuddin kepada Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, dalam satu majlis rasmi di Ibu Pejabat Pejabat Peguam Negara (Kejagung) di Jakarta Selatan.

Melalui laporan berita MetroTVnews.com Prabowo tiba di lokasi pada pukul 10.51 pagi waktu tempatan (pukul 11.51 pagi waktu Malaysia) mengenakan pakaian safari berwarna coklat muda, dan diiringi oleh Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin, Menteri Sekretariat Negara Prasetyo Hadi, Setiausaha Kabinet Leftenan Kolonel Teddy Indra Wijaya, serta Timbalan Menteri Komunikasi Digital merangkap Ketua Badan Komunikasi Kerajaan, Angga Raka Prabowo.

Presiden Prabowo sempat meninjau timbunan wang tunai berjumlah Rp13.2 trilion, memerhati dengan teliti serta berbual seketika bersama Burhanuddin dan Sjafrie di hadapan wang sitaan tersebut.

Menurut Pengarah Pendakwaan Jabatan Peguam Negara (Jampidsus), Sutikno, wang berkenaan merupakan hasil sitaan daripada tiga kumpulan korporat utama – Wilmar Group, Permata Hijau Group dan Musim Mas Group – yang terlibat dalam kes eksport minyak sawit mentah.

“Wang daripada tiga kumpulan korporat dengan jumlah keseluruhan Rp13 trilion yang telah disita akan diserahkan kepada negara pada Isnin,” katanya dalam kenyataan di Jakarta.

Beliau turut memaklumkan bahawa baki Rp4 trilion (RM1.019 juta)  masih perlu dituntut daripada dua kumpulan korporat – Permata Hijau Group dan Musim Mas Group. Sekiranya kedua-dua syarikat gagal melunaskan bayaran tersebut, Kejagung akan melaksanakan proses lelongan terhadap barang bukti yang telah disita.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img