Remaja cedera di pinggang dilibas objek tajam lelaki tidak dikenali di Melaka

SEORANG remaja berusia 19 tahun cedera dipinggang apabila dilibas dengan objek tajam oleh seorang lelaki tidak dikenali, di Jalan Tangga Batu berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen, Melaka, petang semalam ketika membonceng motosikal dengan kakak iparnya.

Dalam kenyataan malam tadi, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berkata siasatan awal mendapati ketika dalam perjalanan, kakak ipar mangsa mendapati tiada individu mengekori mereka.

“Namun, mangsa secara tiba-tiba memberitahu dia berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.

“Ketika itulah kakak ipar mangsa melihat sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 warna biru gelap dinaiki seorang lelaki tidak dikenali dan memakai jaket warna gelap serta topi keledar warna biru memecut laju selepas kejadian berlaku,” katanya

Beliau berkata, mangsa kemudian dibantu orang awam yang melihat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil soal tanya doktor yang merawat memaklumkan mangsa luka di pinggang belakang sepanjang tujuh sentimeter, namun kedalaman luka tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat banyak darah keluar.

“Doktor juga memaklumkan kecederaan mangsa bukan akibat ditikam, tetapi seperti dilibas dengan objek tajam kerana berdasarkan daripada koyakan pada baju mangsa adalah panjang dan luka dialami oleh mangsa turut panjang,” katanya.

Christopher berkata, setakat ini polis masih menyiasat motif serangan itu dan sedang mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 011-26383960,” katanya,

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial apabila gambar mangsa yang memakai baju dan seluar hitam serta bertudung warna coklat sedang dibantu orang awam. Terdaoat kes darah pada pakaiannya.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img