Empat maut termasuk remaja perempuan dalam kemalangan empat kenderaan Di Tangkak

EMPAT maut termasuk seorang gadis berusia 18 tahun dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 32.5, Jalan Muar–Segamat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 10.55 malam dan mengorbankan empat mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Menurutnya, tiga mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC dan penunggang Yamaha Y15ZR serta pembonceng, remaja perempuan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak di sini, semasa mendapatkan rawatan. Pemandu kereta Perodua Myvi bersama penumpang tidak mengalami kecederaan. Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Roslan berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tangkak di sini untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img