Kes bunuh dua beranak: Suami mangsa,kenalan dibebaskan, tiga warga Nepal direman termasuk suspek utama

DUA lelaki tempatan iaitu suami serta kenalan kepada wanita yang maut dalam kes pembunuhan tragis dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang pada 18 Oktober lalu, dibebaskan dengan jaminan hari ini.

Difahamkan, kedua-dua individu itu yang direman tujuh hari sebelum ini, dibebaskan selepas polis menahan tiga lelaki warga Nepal termasuk suspek utama bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suami mangsa yang memakai kemeja T berwarna biru muda serta seorang lagi lelaki itu tiba di pekarangan mahkamah jam 9.40 pagi dalam keadaan tangan bergari dan diiringi polis.

Kedua-duanya kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira jam 11.15 pagi. Suami mangsa dibawa keluar oleh ahli keluarga tanpa pengetahuan media bagi mengelak ditemu bual.

Ahli keluarga kepada suami mangsa yang hadir di mahkamah memaklumkan, lelaki itu masih berada dalam keadaan trauma dan enggan ditemu bual ketika ini, lapor Astro Awani

Sebelum ini polis menahan reman tiga lelaki termasuk suami mangsa berusia 57 tahun bagi membantu siasatan pembunuhan Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11.

Sementara itu, Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini membenarkan tiga lelaki Nepal direman seminggu bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber berkata, suspek utama ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah.

Katanya, motif sebenar pembunuhan terbabit dijangka dapat diketahui tidak lama lagi dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu.

Pada Jumaat, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan tangkapan tiga suspek terbaru tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img