Lagi anggota polis trafik terlibat kemalangan ketika iringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN

SEORANG anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak berhampiran susur keluar Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian anggota berkenaan sedang mengiringi delegasi dari Brazil yang dalam perjalanan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN sebelum motosikalnya terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara tiba-tiba.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi empat saat berkaitan kemalangan dipercayai dimuat naik seorang pengguna jalan raya yang sempat merakam insiden itu.

Video tersebut memaparkan sebuah motosikal JSPT terbabas dan mengalami kerosakan selain terdapat seorang anggota trafik yang terbaring di tepi jalan raya akibat kemalangan itu.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ini merupakan kes kemalangan kedua melibatkan anggota pengiring delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dilaporkan setakat ini.

Semalam, seorang anggota JSPT turut mengalami kecederaan, selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 22.3 susur keluar Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil arah Utara, Lebuhraya Elite.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img