Vios lawan arus, penumpang wanita warga emas maut kemalangan

TINDAKAN seorang pemandu wanita berusia 44 tahun memandu secara lawan arus menyebabkan penumpang kereta tersebut maut selepas terlibat dalam kemalangan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan berlaku di Jalan Pintasan Sungai Abong – Bakri kira-kira pukul 10.10 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Toyota Vios yang dipandu wanita terbabit telah tersalah masuk lorong dan bergerak secara melawan arus.

“Kereta itu kemudian bertembung dengan sebuah Honda City yang dipandu seorang wanita berusia 19 tahun di lorong yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran tersebut, Raiz Mukhliz berkata, penunpang belakang Vios yang merupakan wanita warga emas berusia 73 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kedua-dua kereta dan seorang penumpang lagi cedera ringan dan menerima rawatan di HospitaL KPJ Bandar Maharani Muar,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing dan alkohol mendapati pemandu Vios negatif.

Mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk proses bedah siasat, tambahnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img