Israel bunuh tiga penduduk Gaza, pulangkan 30 jenazah rakyat Palestin ada tanda-tanda diseksa hingga mati

TIGA  rakyat Palestin terbunuh hari ini, termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan daripada serangan sebelunya, ketika tentera Israel meneruskan serangan di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, melanggar gencatan senjata yang dipersetujui, menurut sumber perubatan.

Seorang pemuda, Hamdi Ahmad Al-Breim, terbunuh apabila pesawat pejuang Israel mengebom rumahnya di kejiranan Musabbah di bandar Abasan Al-Kabira, timur Khan Younis di selatan Gaza.

Seorang lagi mangsa, Mohammad Salem Qudeih, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan Israel sebelum ini yang menyasarkan khemah pelarian di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis.

Mangsa ketiga mati ditembak oleh tentera Israel di Jalan Al-Jalaa, Gaza City, menurut saksi dan sumber tempatan.

Pada waktu malam, tentera Israel turut meletupkan beberapa rumah di timur Gaza City dan timur Khan Younis, dengan letupan kuat kedengaran di seluruh kawasan. Selain itu, bot tentera laut Israel turut melepaskan tembakan ke arah pantai Gaza City.

Sementara itu Sumber perubatan di hospital-hospital Gaza pada Jumaat melaporkan bahawa mayat dan cebisan tubuh rakyat Palestin telah diserahkan oleh pihak pendudukan Israel melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Mayat-mayat tersebut tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis dan merupakan kumpulan kelima mayat rakyat Palestin yang diserahkan sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025.

Menurut kakitangan perubatan, kebanyakan mayat menunjukkan tanda-tanda penyeksaan, pembakaran dan pelaksanaan hukuman mati. Ramai daripada mereka ditemui dengan tangan dan mata diikat, dan dalam beberapa kes, ciri-ciri wajah mereka alami kecederaan teruk sehingga keluarga tidak dapat mengenal pasti mayat tersebut.


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img