Tingkat atas Menara 3 KLCC terbakar

SATU kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi, dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan.

Menerusi video tular di media sosial, insiden terbabit menunjukkan api marak di bahagian atas bangunan dengan kepulan asap tebal.

Utusan Melayu Plus sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhubung punca kejadian serta tahap kerosakan yang berlaku.

Setakat laporan ini disiarkan, tiada maklumat rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img