Pelajar kolej maut dirempuh motosikal rakan dalam kemalangan di WCE

SEORANG pelajar kolej maut akibat dirempuh oleh motosikal rakannya selepas terbabas di Kilometer 7.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE, Kuala Langat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa berusia 17 tahun dari arah Banting ke Saujana Putra hilang kawalan lalu terjatuh di lorong kiri.

Pada masa sama, kata beliau, rakan pelajar itu yang juga berusia 17 tahun dan menunggang motosikal Yamaha LC135 tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Banting.

“Perlanggaran turut menyebabkan rakan mangsa tercampak ke permukaan jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua penunggang merupakan pelajar kolej dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau membahayakan.


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img