Tragedi Jerlun : Pilunya hati Marliana pangku jasad suami tanpa kepala

TRAGEDI  seorang lelaki maut ditetak sehingga putus kepala oleh adik iparnya pasti menjadi peristiwa paling menyedihkan dalam hidup Marliana Awang.

Wanita berusia 39 tahun itu adalah isteri kepada Nasir Md Nanyan, 45 yang maut dalam kejadian trajis di Kampung Pida3, Jerlun malam tadi.

Marliana Awang

Hari ini ibu kepada dua anak berusia 7 tahun dan 12 tahun itu melangkah ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar untuk menuntut jenazah suaminya untuk dikebumikan manakala adiknya pula yang merupakan suspek kes tersebut kini berada dalam tahanan polis.

Dengan linangan air mata, Marliana menceritakan kepada wartawan bagaimana dia menjerit meminta tolong dan memangku jenazah suaminya yang kepala  terputus.

Allahyarham Nasir Md Nanyan.

Marliana berkata, dia sempat berbual dengan arwah suaminya pada pukul 6.50 petang berkaitan beberapa ekor kambing peliharaan mereka tidak dibawa pulang.

“Waktu itu saya cakap kambing kita tak ambil lagi,dah dekat nak pukul 7 petang dah. Arwah pun terus keluar cari kambing, tetapi tidak pulang selepas itu menyebabkan saya risau.

“Tidak lama kemudian, ada orang kampung datang beritahu ada orang bergaduh dekat sawah tidak jauh dari rumah emak… ketika itu saya tak sedap hati dah,” katanya.

 Sejurus tiba di tempat kejadian, dia terus turun daripada motosikal dan pergi ke jasad suaminya.

“Waktu itu lagi 10 minit nak azan Maghrib  dan saya tak dapat gambarkan perasaan ketika itu. Saya urut dada arwah, buang selut kat badan dan  doa Allah permudah urusan dia…  (kasihan) arwah meninggal dunia  macam itu,” katanya.

Mengenai suspek, Marliana berkata, adiknya itu beritahu  polis nampak macam suaminya memanggil suspek  dan ada suara mengejek.

Menurut Marliana, suspek yang juga adik ketiganya, dipercayai mengalami gangguan perasaan dan pernah menunjukkan tanda-tanda halusinasi serta kemurungan.

“Kalau orang kampung datang ke rumah, dia lari masuk bilik. Dia tak duduk luar. Dia bercakap seorang diri. Orang kampung pun tak kenal dia sangat,” katanya yang turut memberitahu, suspek juga pernah mengamuk sebelum ini namun tidak mengganggu orang kampung secara langsung.

Kata Marliana,  suspek lebih banyak menyendiri dan hanya bercakap dengan ahli keluarga terdekat dan suspek pernah mendapatkan rawatan susulan di HSB, namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dia tidak lagi hadir ke sesi rawatan dan enggan mengambil ubat.

“Mak yang pergi ambil ubat, tapi dia tak makan. Sejak PKP ketika Covid-19, dia mula berubah. Sebelum tu, dia baik-baik saja,” katanya lagi.

Jenazah Nasir dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Pida 3 apabila post mortem di Jabatan Forensik HSB selesai.


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img