SEORANG lelaki berusia 31 tahun, ditahan di Larkin semalam, dipercayai menghalang tugas penjawat awam di Terminal Bas Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara anggota Rela yang sedang bertugas.
Pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.13 pagi daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu keselamatan.
Video tersebut juga tular di media sosial.
Ketika kejadian pengadu datang ke lokasi berkenaan untuk meleraikan pergaduhan namun suspek menepis bahunya.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut semakan, suspek didapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah.
Permohonan reman dibuat ke atas suspek, hari ini mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


