‘’Tuduh pemimpin pengkhianat tanpa bukti hanya jatuh maruah sendiri’’ – Panglima ATM

‘’MENUDUH pemimpin lain sebagai pengkhianat atau perisik tanpa bukti tidak menjatuhkan orang yang dituduh, tetapi menjatuhkan maruah penuduh sendiri,”

Demikian ditegaskan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizamn Jaafar yang membidas kecaman yang dibuat bekas Mejar Jeneral Thailand, Rangsi Kitiyansap berhubung perjanjian damai Thailand-Kemboja.

Beliau berkata, keamanan memerlukan kejelasan keutamaan dan keupayaan mengetepikan ego politik serta kesabaran, keberanian moral dan keupayaan untuk melihat melangkaui kepentingan peribadi.

“Dari awal, tiga prinsip memandu setiap langkah kami, iaitu keamanan itu mahal, nyawa itu tidak ternilai dan masa itu kritikal,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dakwaan Rangsi bahawa Malaysia mengatur dan mempengaruhi proses keamanan serta perjanjian damai Thailand-Kemboja dari belakang tabir hingga digambarkan sebagai ‘musuh dari dalam’ amat mengecewakan.

Menurut Mohd Nizam dokumen rasmi yang menjadi asas proses itu adalah telus dan disepakati semua kerajaan yang menyertai usaha berkenaani, dengan komitmen yang memfokuskan keamanan, keselamatan, kerjasama kemanusiaan dan kestabilan serantau.

“Malaysia tidak mencari pujian atau pengiktirafan. Kepentingan kami hanyalah memulihkan kestabilan, melindungi nyawa dan memelihara solidariti serantau. Anggota tentera kedua-dua pihak berhak untuk menurunkan senjata, manakala keluarga yang hidup dalam ketakutan berhak kembali kepada kehidupan yang aman,” katanya.

Justeru itu tegas beliau, dakwaan  dibuat oleh Rangsi  bukan sahaja tidak berasas dan tidak adil, malah amat mengecewakan, terutama apabila ia datang daripada bekas pegawai kanan tentera.

‘’Tohmahan ini menggambarkan kurangnya kefahaman terhadap prinsip pusat ASEAN dan mengabaikan kerangka kerjasama yang mendasari proses damai ini. Ia juga menjejaskan prinsip profesionalisme dan saling menghormati yang menjadi asas hubungan ketenteraan di rantau ini,” katanya.

Tegas Mohd Nizam,  Malaysia memudah cara rundingan awal di Putrajaya selepas kedua-dua negara berjiran itu menyatakan kesediaan meredakan ketegangan, yang membawa kepada persetujuan gencatan senjata berkuat kuasa pada 28 Julai lalu.

“Delegasi pertahanan Malaysia kemudian berada di Bangkok dan Phnom Penh bagi menyelaraskan langkah pelaksanaan persetujuan itu bersama kepimpinan ketenteraan kedua-dua negara.

“Malaysia seterusnya menyelaras penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) dan Pasukan Pemerhati Interim Dipertingkat (IOT) untuk melaksanakan pemantauan di kawasan sempadan,” katanya

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img