POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular seorang pempengaruh lelaki borak lucah ketika “Live” di aplikasi TikTok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata laporan berkaitan kejadian dibuat oleh seorang wanita warga Rusia di Balai Polis Dang Wangi, semalam.
Katanya, laporan itu mengenai video di aplikasi terbabit yang memalukan pengadu dengan perkataan lucah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti semua pihak yang terbabit dalam video berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan netizen naik berang selepas pempengaruh terbabit berborak lucah ketika wanita Rusia itu duduk di meja bersebelahan.
Selepas menerima kecaman, pempengaruh itu kemudian memuat naik video memohon maaf, namun didakwa tidak ikhlas berbuat demikian


