Wanita maut, suami dan anak cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Karak

SEORANG  wanita maut, manakala suami dan anak mereka cedera dalam kemalangan di KM44.2 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di Bentong, semalam.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki tiga sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Kuantan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, berpusing serta terbalik di lorong kiri.

Beliau berkata, penumpang depan yang juga isteri pemandu berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Pemandu berusia 36 tahun cedera ringan, manakala anak perempuan pasangan itu berusia enam tahun luka di kepala dan patah tangan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img