Abdul Rahman tarik diri tanding di DUN Tempasuk

TIMBALAN  Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

Melalui Facebook beliau, Abdul Rahman berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasratnya tidak meneruskan pencalonan beliau di kerusi DUN Tempasuk.

“Saya telah memberitahu Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baharu dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti UMNO di DUN Tempasuk.

“Saya telah bertanding tiga kali di Parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022). Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, UMNO tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi Parlimen,’’ katanya.

Abdul Rahman percaya anak tempatan dari UMNO Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab sebagai calon dengan cemerlang.

“Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan Ahmad Zahid kerana mengumumkan pencalonannya pada 9 November lalu.

“Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong UMNO di DUN Tempasuk atas sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika mengesahkan penarikan diri Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut bukan disebabkan penolakan di DUN Tempasuk.

“Rahman memaklumkan kepada kita dia tidak berhasrat untuk meneruskan hasrat untuk bertanding, jadi dia menarik diri,” katanya.

Bung Moktar berkata tempat Abdul Rahman sebagai calon BN di Tempasuk akan digantikan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan.

Sebelum ini, Bung Moktar menjelaskan pencalonan Abdul Rahman di Tempasuk mengambil kira kedudukannya yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal dari 2008.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img