Pembantu rumah cederakan 2 beranak direman tujuh hari

SEORANG pembantu rumah warga asing yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Wahidah Zainal Abidin sehingga 18 November ini.

Menurut beliau, perintah reman itu dibacakan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 12 tengah hari berikutan suspek yang berusia 44 tahun masih menjalani rawatan.

“Suspek perlu menjalani pembedahan kerana kecederaan di tangan kiri akibat kesan luka yang dalam.

“Sementara itu mangsa wanita stabil dan telah keluar hospital semalam. Mangsa lelaki pula masih belum sedarkan diri selepas selesai pembedahan di sebuah hospital swasta,” katanya hari ini, lapor Harian Metro

Dalam kejadian 8.30 pagi semalam, majikan dua beranak itu yang berusia 57 dan 28 tahun cedera dalam pergaduhan dengan pembantu rumah mereka yang menggunakan pisau pemotong daging.

Akibat pergaduhan itu, mangsa wanita luka di kepala dan ibu jari tangan kiri, manakala anak lelakinya putus ibu jari tangan kiri, luka di kepala dan kaki. Suspek pula mengalami kesan kelar di pergelangan tangan kiri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img