Suami isteri pengasas eHati dipercayai larikan diri ke luar negara

POLIS percaya pengasas program motivasi kontroversi eHati bersama suaminya telah melarikan diri ke luar negara untuk mengelak daripada hadir ke mahkamah bagi menjalani pertuduhan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, polis telah mengenal pasti lokasi mereka melarikan diri iaitu sebuah negara di Asia Tenggara.

Menurutnya, pasangan berkenaan dipercayai meninggalkan negara melalui laluan sah pada 13 Oktober lalu dan sepatutnya menjalani pertuduhan pada 14 Oktober.

“Polis percaya mereka telah melarikan diri ke luar negara sebelum pertuduhan dilaksanakan.

“Namun, kita telah kenal pasti ke negara mana mereka pergi dan polis akan berhubung dengan rakan strategik negara itu untuk membantu mengesan penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

“Mereka bergerak lebih awal sebelum waran dikeluarkan,” katanya dalam sidang akhbar pelupusan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam hari ini, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan berkaitan program motivasi rumah tangga didakwa songsang dan terpesong berlangsung pada bulan September tahun lalu di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan secara terperinci bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung program motivasi rumah tangga itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah itu diambil agar maklumat diperoleh dengan jelas sebelum sebarang tindakan wajar diambil, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sementara itu, Shazeli meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img