Warga emas berusia 80 tahun terbunuh dalam kebakaran di Tambun

SEORANG lelaki warga emas terbunuh  dalam kejadian kebakaran yang melibatkan lima rumah teres Taman Perpaduan Ria, di Tambun hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mayat lelaki berusia 80 tahun itu ditemukan di atas lantai dalam bilik sebuah rumah yang 80 peratus terbakar selepas operasi pemadaman selesai dilakukan.

“Kebakaran itu turut memusnahkan empat kenderaan termasuk sebuah motosikal yang diparkir dalam garaj dan di hadapan rumah mangsa,” katanya.

Beliau berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dan BBP Ipoh dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Menglembu serta Bercham bergegas  ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 1 tengah hari.

Beliau berkata empat rumah lagi terbakar antara 15 hingga dua peratus selain sebuah Perodua Myvi terbakar kira-kira 10 peratus.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.20 petang,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img