Israel langgar gencatan senjata sebanyak 393 kali, 279 penduduk terbunuh

PEJABAT Media Kerajaan Palestin di Gaza melaporkan bahawa tentera Israel telah melakukan 393 pelanggaran yang didokumentasikan sejak gencatan senjata berkuat kuasa awal bulan ini.

Menurut pegawai pejabat itu, pelanggaran tersebut mengakibatkan 279 rakyat Palestin terbunuh, majoritinya orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. Selain itu, 652 lagi dilaporkan cedera dengan tahap kecederaan berbeza, manakala 35 individu diculik dalam beberapa serbuan dan pencerobohan di seluruh wilayah Gaza.

Pejabat  itu berkata Israel sedang berusaha merosakkan perjanjian gencatan senjata dan mewujudkan keadaan berbahaya di lapangan, sekali gus mengancam keselamatan serta kestabilan di Gaza.

Dalam laporan terperinci, pihaknya menyenaraikan beberapa bentuk pelanggaran termasuk 113 kes tembakan langsung ke arah orang awam, rumah, kawasan kejiranan dan khemah pelarian. Tentera Israel turut melakukan 17 pencerobohan ke kawasan kediaman serta pertanian, melepasi “garisan kuning” sementara yang ditetapkan.

Selain itu, 174 serangan udara, darat dan artileri turut direkodkan, dengan 85 rumah dan struktur awam dimusnahkan. Pejabat berkenaan berkata  tindakan itu dilakukan secara sengaja bagi memperluas kemusnahan dan menghukum penduduk Gaza secara kolektif, yang menurut mereka merupakan pelanggaran serius terhadap Konvensyen Geneva.

Pejabat itu  menganggap Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas kesan kemanusiaan dan keselamatan akibat pelanggaran tersebut, sambil memberi amaran bahawa serangan berterusan boleh menggagalkan usaha antarabangsa mengekalkan ketenangan.

Pihaknya turut menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, negara perantara, penjamin gencatan senjata serta Majlis Keselamatan PBB supaya bertindak segera menghentikan serangan Israel dan memastikan Israel mematuhi gencatan senjata serta protokol kemanusiaan yang dipersetujui.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img