Sindiket penipuan guna nama pegawai kerajaan tempah mi kari dan bahulu

SEORANG kakitangan kerajaan mendakwa namanya digunakan oleh sindiket scammer yang menyamar sebagai penyedia makanan mi kari dan bahulu untuk menipu beberapa usahawan katering dan cenderahati di sekitar Kuantan, Bentong dan Maran sejak beberapa hari lalu.

Sindiket itu menggunakan borang tempahan atau LO yang dikeluarkan jabatan kerajaan dan nama kakitangan kerajaan terbabit yang bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat untuk memperdayakan mangsa yang kebanyakannya menempah makanan dan cenderahati dalam kuantiti yang tinggi.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Alif, 29, mendakwa, beliau menyedari namanya digunakan untuk kegiatan penipuan itu apabila dihubungi beberapa pembekal makanan yang memaklumkan telah membuat tempahan.

Scammer terbabit menyamar sebagai diri saya dan menempah mi kari untuk hidangan kira-kira 200 tetamu, selain 250 bungkus bahulu serta beberapa bungkusan cenderahati.

“Individu itu menyediakan LO sebagai bukti bayaran bagi menguatkan rancangan jahatnya itu,” katanya, lapor Berita Harian.

Alif mendakwa, beberapa usahawan katering, cenderamata di Kuantan, Bentong dan Maran menjadi mangsa sindiket scammer berkenaan dan mereka menghubunginya serta beberapa pembantu tadbir di pejabat bagi mendapatkan pengesahan tempahan.

“Sehingga kini saya jangkakan lima pembekal mi kari dan bahulu termasuk seorang usahawan bungkusan cenderahati menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab itu yang menggunakan nama saya untuk mengambil kesempatan termasuk menggunakan nama agensi kerajaan.

“Saya difahamkan pembekal bungkusan cenderahati sudah menyediakan bungkusan cenderahati berkenaan dengan jumlah yang banyak.

“Semalam, seorang usahawan wanita menghubungi saya bagi menghantar barangan tempahan scammer terbabit, dia tidak menyangka tertipu,” katanya.

Berikutan itu, Alif sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Saya berharap usahawan yang menerima panggilan telefon selain khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya lebih berhati-hati sebaliknya tidak terus tergesa-gesa menerima tempahan tanpa berfikir panjang menyediakan makanan dan barangan yang diminta.

“Saya difahamkan banyak kes penipuan membabitkan usahawan yang menyediakan makanan berlaku di daerah ini, pelbagai helah digunakan sindiket scammer yang menggunakan pihak lain untuk menipu,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img