6 terbunuh Bangladesh dilanda gempa bumi, gegaran hingga ke India

GEMPA bumi bermagnitud 5.7 melanda Bangladesh harini , menyebabkan gegaran kuat dirasakan di Kolkata dan kawasan lain di timur India.

 Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NCS), pusat gempa yang berlaku pada jam 10.08 pagi (waktu tempat- 12.08 tenghari waktu Malaysia)  terletak 10 kilometer ke timur-tenggara Dhaka, Bangladesh.

Stesen televisyen DBC yang berpangkalan di Dhaka melaporkan sekurang-kurangnya enam orang maut di ibu negara Bangladesh, termasuk tiga yang terbunuh akibat runtuhan bumbung dan dinding bangunan, serta tiga lagi pejalan kaki yang terkena runtuhan pagar bangunan di Dhaka.

Penduduk di Kolkata dan kawasan sekitarnya melaporkan merasai gegaran ringan serta melihat kipas dan hiasan dinding berayun semasa kejadian.

Penduduk Kolkata dan wilayah berhampiran turut berkongsi visual di media sosial yang menunjukkan orang ramai keluar dari rumah dan pejabat ketika gegaran berlaku.

Visual lain turut menunjukkan detik gegaran dirasai, termasuk kipas dan hiasan dinding yang bergoyang.

Gegaran juga dirasai di beberapa bahagian lain di Bengal Barat, termasuk Dakshin dan Uttar Dinajpur serta Cooch Behar, selain negeri lain seperti Meghalaya, Tripura dan Mizoram.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau korban jiwa di India.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img