Kayu balak, kayu siap proses bernilai RM6.3 juta tanpa kebenaran dirampas

BATALION 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu siap diproses dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Gong Padang Setol dekat Pasir Puteh, Kelantan semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 2 petang itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan memproses hasil hutan tanpa kebenaran.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan dua lelaki warga Indonesia yang berada di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, pemilik kilang iaitu lelaki tempatan berusia 53 tahun pula gagal menunjukkan sebarang pas memindah hasil hutan untuk memproses kayu di kilang terbabit,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, kesemua hasil hutan yang dirampas membabitkan 900 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies, 16,700 batang kayu siap diproses serta beberapa peralatan memproses kayu.

Ahmad Radzi berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 serta Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img