Lelaki meninggal dunia depan bank sebelum sempat keluarkan wang

SEORANG lelaki tidak sempat mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank di Gemas, Negeri Sembilan apabila dia tiba-tiba rebah di pintu masuk premis berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang menghubungi Balai Polis Gemas mengenai kejadian itu pada jam 3.27 petang.

“Polis menerima maklumat yang memaklumkan bahawa seorang lelaki tiba-tiba rebah di hadapan Maybank di pekan Gemas.

“Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 53 tahun itu rebah ketika berada di pintu masuk mesin ATM di bank tersebut, sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Gemas,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, hasil semakan juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod penyakit jantung dan pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Tambahnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemukan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img