Mulai tahun depan, kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah dilarang memiliki akaun media sosial sendiri – Fahmi

KERAJAAN ternyata serius dalam soal membendung jenayah rentas usia apabila memutuskan bermula tahun depan, mereka yang berusia 16 tahun dan ke bawah akan dilarang mempunyai akaun media sosial sendiri.

Sehubungan itu Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan berharap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan itu.

‘’Larangan bertujuan mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual. Ini keputusan,’’ katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Syber Komuniti India Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, selain Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilakukan Australia dan negara lain terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” katanya.

 Fahmi berkata, salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC.

‘’Ia melibatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID. Kita menjangkakan platform dapat melaksanakannya menjelang tahun depan.

‘’Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga” tambahnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img