Situasi  banjir terkini seluruh negara setakat  pukul  6 petang

*Hujan berterusan hingga 26 November di lima negeri

  • MetMalaysia keluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) hingga 26 November.
  • Negeri terlibat Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Besut di Terengganu.
  • Amaran Hujan Berterusan (Buruk) beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu hingga tarikh sama.
  • Perak, Pahang,Selangor dijangka alami hujan berterusan hingga 24 dan 26 November

*Mangsa banjir meningkat kepada 13,921 orang, 9 negeri terjejas

  •  Kuala Lumpur jadi negeri ke sembilan negeri  terjejas.
  • Kelantan kekal rekod mangsa tertinggi iaitu  9,689 orang.
  • Daerah terlibat  Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.
  • Perak  negeri kedua paling terjejas 1,786 mangsa.
  • Daerah terlibat Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.
  • Terengganu rekodkan 160 mangsa.
  • Kedah catatkan 505 mangsa di 9 PPS di Kulim dan  Kubang Pasu.
  • Perlis, tiga daerah terjejas iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar dengan 721 mangsa .
  • Pulau Pinang 388 mangsa di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
  • Selangor 640 mangsa di Kuala Selangor, Klang, Hulu Langat dan Shah Alam.
  • Sarawak catat 44 mangsa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img