Kaukus Parlimen mesyuarat Khamis ini bincang implasi perjanjian perdagangan AS-Malaysia

MESYUARAT  Kaukus Parlimen mengenai Pengenaan Tarif Timbal Balas Amerika Syarikat ke atas Malaysia akan diadakan Khamis ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataan Kaukus itu memaklumkan mesyuarat itu bertujuan membincangkan  implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS yang telah ditandatangani pada 26 Oktober lalu.

 ‘’Kaukus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ahli-ahli Parlimen dan rakyat mengenai gangguan perdagangan global  akibat perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat.

‘’Ia juga akan menilai kesan langsung dan tidak langsung tarif timbal balas ke atas Malaysia, memantau perkembangan dasar perdagangan Amerika Syarikat, khususnya berkaitan tarif ke atas eksport Malaysia, serta mencadangkan inisiatif-inisiatif yang bersesuaian bagi melindungi kepentingan negara, ‘’ kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kaukus tersebut  akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Keanggotaannya terdiri daripada ahli Parlimen dari kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.

Mereka ialah   Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir  Che Sulaiman, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail, Ahli Parlimen Betong,  Datuk Richard Rapu @Aman Anak Begri,Ahli Parlimen Tangga Batu Bakri bin Jamaluddin, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Julai, Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img