Letih menjaga ibu berusia 100 tahun: Anak sanggup bunuh ibu

POLIS Jepun mengesahkan telah menahan seorang lelaki pada Selasa kerana disyaki membunuh ibunya yang berusia 100 tahun di rumah mereka di barat Tokyo, selepas suspek membuat panggilan mengatakan dia letih menjaga ibunya, lapor Kyodo News.

Kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan), Masato Watabe, 79, didakwa menutup mulut ibunya, Masako dan melakukan perbuatan ganas lain terhadap mangsa di kediaman mereka.

Dia membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 2.10 petang (waktu tempatan) dan wanita itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kadar kelahiran yang semakin menurun dan penuaan penduduk yang semakin tinggi di Jepun mewujudkan masalah sosial apabila warga emas yang mempunyai kemampuan fizikal terhad terpaksa menjaga saudara-mara mereka yang lebih tua.

Menurut polis, Masato mengakui perbuatan itu.

Memandangkan kedua-duanya tinggal bersama di Machida, Tokyo, polis sedang menyiasat keadaan yang menjurus kepada kejadian itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img