Ahli Parlimen Dungun dan isteri tempuh detik cemas kereta terbakar di LPT

AHLI  Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menempuh detik cemas apabila kereta beliau  terbakar di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuala Terengganu, hari ini.

Wan Hassan memberitahu, ketika kejadian beliau bersama isterinya Siti Zaliha Mohamad dalam perjalanan untuk pulang ke Dungun dari Kuantan, sebelum menyedari bahagian enjin mengalami masalah.

” Saya bersama isteri tidak mampu berbuat apa-apa. Kami hanya ambil  barang-barang penting dan selamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Rohaya Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.47 tengah hari sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang terbakar hampir 95 peratus.

“Seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berada dalam kenderaan tersebut namun kedua-duanya selamat,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran hos dari tangki air jentera bomba dan api berjaya dikawal pada jam 1.17 tengah hari sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.25 tengah hari.

Sebelum itu, insiden berkenaan tular di media sosial selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkongsi video kejadian tersebut.

“Kereta YB Ustaz Wan Hassan terbakar di LPT2 sebentar tadi. Mohon doa sahabat-sahabat dimudahkan urusan YB Ustaz dan isteri,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img