Sudah seminggu hilang…di mana Muhammad Ammar?

SEORANG anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  dilaporkan hilang lebih seminggu dengan kali terakhir dikesan selepas mandi bersama rakannya di Sungai Kedondong, Batang Kali dekat sini pada 23 Ogos.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, bertugas di Pangkalan Tentera Udara Subang dan kini dalam tempoh menjalani kursus penyelia pengangkutan kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), TUDM Bandar Kinrara, Puchong.

“Muhammad Ammar kali terakhir dilihat pada 23 Ogos, 4.30 petang ketika mandi bersama tiga rakannya yang merupakan anggota TUDM, sebelum kelihatan seorang diri selepas itu.

“Esoknya (24 Ogos), kira-kira 6 petang rakan sebilik kursus menghubungi lelaki itu namun mendapati telefon bimbitnya dimatikan sebelum anggota TUDM dari INSMAT membuat laporan polis pada 25 Ogos, 4.16 petang kerana Muhammad Ammar tidak melaporkan diri semula ke institut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota TUDM itu berkulit cerah dan berambut pendek serta lurus dengan ketinggian kira-kira 175 sentimeter.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Sukri Che Mat di talian 03-80762222/03-80713136,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img