6 serangan bom gegarkan 5 daerah di Narathiwat, dua cedera

LIMA daerah di Narathiwat digegarkan dengan enam serangan bom pada malam Ahad menyebabkan dua orang cedera.

Pejabat Perhubungan Awam Narathiwat melaporkan bahawa letupan berlaku antara 7.50 malam Ahad dan 12.30 pagi Isnin di daerah Bacho, Chanae, Cho Airong, Sri Sakhon dan Sungai Padi.

Kira-kira sepuluh minit sebelum letupan pertama, kejadian tayar dibakar berlau di persimpangan Lebuhraya 4056 di Ban Ai Batu di Sungai Padi.

Pada jam 7.50 malam sebutir bom meletup berhampiran kereta  yang dinaiki oleh seorang ketua kampung dan seorang sukarelawan pertahanan sehingga menyebabkan mereka cedera.

Di daerah Chanae, dua bom meletup iaitu di masjid dan pasar Dusongyor pada pukul 11.55  malam Ahad dan 12.30 pagi Isnin. Bagaimanapun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Di daerah Bacho, sebutir bom meletup di hadapan sebuah bank pada pukul 11.55 malam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Dua lagi letupan bom berlaku di daerah Cho Airong pada pukul 12.05 tengah mala Isnin dan di daerah  Sri Sakhon pada pukul 12.30 malam.

Berikutan kejadian itu, pihak keselamatan Thailand mempertingkat kawalan keselamatan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Sumber keselamatan berkata pengeboman itu bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia dan hari ulang tahun penubuhan Barisan Pembebasan Pattani Bersatu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img