Jawi ambil kenyataan sekumpulan individu terbabit kegiatan songsang

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengambil keterangan dengan merakam percakapan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral di sebuah kelab kesihatan di ibu negara pada Jumaat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kesemua individu terbabit telah dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan, dan mereka memberikan kerjasama baik.

“Rakaman percakapan tersebut dijalankan berdasarkan Seksyen 59 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, individu terbabit disiasat berkaitan Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan (Akta 559) 1997.

Mohd Na’im dalam pada itu turut menyeru semua pihak agar tidak sekali-kali memandang remeh gejala keruntuhan moral ini.

Katanya, jika dibiarkan gejala seperti ini mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara.

Beliau turut menekankan kepentingan institusi dakwah memperhebat usaha penerangan tentang kefahaman Islam yang murni kepada masyarakat.

Pada Jumaat lalu, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu yang ditahan polis dan pihak berkuasa termasuk Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img