Gagal promosi restoran, Aliff Syukri diperintah bayar ganti rugi RM10,000

USAHAWAN  kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman diperintahkan membayar ganti rugi nominal RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau melanggar kontrak untuk mempromosikan sebuah restoran yang dikendalikan dua rakan kongsi perniagaan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Azizul Azmi Adnan memutuskan bahawa Iylia Nurdiyana Jasny dan Syazwan Roslan berjaya membuktikan bahawa Aliff gagal melaksanakan peranannya untuk mempopularkan premis mereka, ‘Rumah Makan Terlajak Laris’, di Kota Damansara, Selangor.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakan kongsi tersebut gagal membuktikan sebab musabab (causation) bagi ganti rugi yang dituntut.

“Kami membenarkan rayuan tersebut tetapi hanya memberikan ganti rugi nominal sebanyak RM10,000,” kata Azizul yang bersidang bersama Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Evrol Mariette Peters, lapor FMT

Panel tersebut turut memerintahkan Aliff membayar kos RM30,000 kepada Iylia dan Syazwan.

Rakan kongsi berkenaan sebelum ini memeterai kontrak dengan Aliff, 38, untuk mempromosikan restoran tersebut menerusi media sosial.

Perjanjian itu kemudiannya ditamatkan, menyebabkan mereka memfailkan saman di Mahkamah Sesyen pada penghujung 2018.

Mereka menuntut pemulangan RM285,000 yang telah dibayar kepada Aliff serta deklarasi bahawa kontrak itu tamat akibat pelanggaran syarat.

Terdahulu, kedua-dua mahkamah bicara dan Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut.

Peguam Fozi Addhwa Fozi dan Azraai Yunos mewakili rakan kongsi perniagaan itu, manakala Hasshahari Johari Mawi dan Rosly Khady Ayub Khan bertindak bagi pihak Aliff.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img