Lelaki ‘sorok’ isteri kedua selama 30 tahun dihukum penjara

SEORANG lelaki warga Singapura dihukum penjara selama 17 bulan selepas mengaku bersalah mengamalkan bigami (beristeri dua) semalam.

Ng Teong Min, 67, didakwa mempunyai isteri kedua dan perkahwinan itu berjaya dirahsiakan selama 30 tahun sebelum ia dibongkar menerusi e-mel dihantar kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

“Isteri keduanya menetap di Sarawak, Malaysia dan mereka turut mempunyai dua cahaya mata,” lapor CNA.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki tersebut mengikat tali cinta dengan isteri pertamanya pada 1980 dan dikurniakan dua anak sebelum dia berkahwin sekali lagi pada 1995 ketika dia berusia 37 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Jini Pillai berkata, Teong Min tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana bimbang pihak berkuasa memeriksa statusnya di Singapura.

Isteri pertamanya yang hanya mengetahui tentang kewujudan ‘madunya’ pada tahun ini dilaporkan mahu menuntut cerai.

Teong Min yang kesal dengan perbuatannya bagaimanapun berjanji mahu menjadi ketua keluarga yang lebih baik.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img