JDT umum ikat pemain tengah Ager Aketze

JOHOR  Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kemasukan pemain tengah dari Sepanyol, Ager Aketxe bagi memperkuat skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini selepas perpindahan perancang tengah Real Zaragoza berusia 31 tahun itu dimuktamadkan sejam sebelum jendela pendaftaran pertama Liga-M ditutup tengah malam tadi.

 “Selamat datang ke Home of The Southern Tigers, Ager,” menurut kenyataan tersebut.

Sepanjang bersama Zaragoza, Aketxe telah beraksi dalam 38 perlawanan dengan meledak dua gol selain mencatat tiga bantuan jaringan.

JDT ketika ini di bawah kendalian Xisco Munoz  berada di kedudukan teratas Liga Super selepas mereka merekodkan kemenangan bersih dalam empat perlawanan awal.

Sementara itu, JDT turut menandatangani bek kanan dari Sepanyol, Raul Parra Artal, yang sebelum ini beraksi bersama kelab Portugal, GD Estoril Praira.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img