Legenda tinju dunia Joe Bugner meninggal dunia di Brisbane

BEKAS  peninju heavyweight Joe Bugner meninggal dunia pada usia 75 tahun di Brisbane, Australia.

Bugner pernah memegang gelaran heavyweight British dan Komanwel sebanyak dua kali, serta tiga kali menjadi juara heavyweight Eropah.

“Dengan kesedihan yang mendalam, bekas juara tinju heavyweight British, Eropah dan Komanwel, serta pencabar kejuaraan dunia, Joe Bugner, telah meninggal dunia di rumah penjagaannya di Brisbane, Australia,” kata Lembaga Kawalan Tinju British.

Bugnet bertarung  dengan Muhammad Ali dan Joe Frazier dalam dua perlawanan berturut-turut pada tahun 1973, sebelum berlawan  dengan Ali sekali lagi pada tahun 1975.

Pertarungan itu berlangsung di Kuala Lumpur dan kekal sebagai satu-satunya perlawanan kejuaraan heavyweight dunia yang pernah dianjurkan dalam sejarah negara.

Bugner secara konsisten menduduki tempat dalam 10 petinju heavyweight terbaik dunia sepanjang tahun 1970-an dan dikenali kerana keupayaan teknikal, kekuatan, ketahanan dan kesediaan untuk berdepan dengan yang terbaik.

Sepanjang kerjayanya yang melibatkan 83 pertarungan, beliau juga berkongsi gelanggang dengan peninju kelas berat terkenal lain seperti Earnie Shavers, Henry Cooper, danFrank Bruno.

Dilahirkan sebagai Jozsef Kreul Bugner di Szoreg, Hungary pada tahun 1950, Bugner dan keluarganya melarikan diri dari negara itu selepas pencerobohan Soviet pada tahun 1956 dan akhirnya menetap di United Kingdom.

Bugner mula bertinju sejak remaja dan memenangi gelaran ABA light heavyweight pada usia 17 tahun.

Sebagai seorang profesional, Bugner memperoleh kemenangan ke atas Henry Cooper di Wembley pada tahun 1971 untuk memenangi kedua-dua gelaran heavyweight British dan Komanwel.

Pertarungannya menentang Ali dan Frazier seterusnya mengukuhkan reputasinya.

Bugner bersara beberapa kali sepanjang kerjayanya. Kali pertama pada tahun 1976, namun beliau membuat beberapa kemunculan semula.

Beliau berpindah ke Australia pada pertengahan tahun 1980-an dan terus menyertai pertandingan peringkat tertinggi, termasuk kekalahan kepada Frank Bruno.

Bugner bersara semula tetapi kembali hampir lapan tahun kemudian untuk merangkul gelaran heavyweight Australia pada tahun 1995.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img