Pengawal keselamatan didakwa lakukan persetubuhan luar tabii terhadap kenalan lelaki berusia 57 tahun

Sembilan lagi lelaki akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan atau melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam,

 

SEORANG pengawal keselamatan yang ditahan bersama 12 lelaki berkaitan aktiviti hubungan songsang di sebuah sauna minggu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen, Butterworth hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kenalannya.

Tertuduh, Mohamad Azuddin Sabran, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang lelaki berusia 57 tahun, lapor Berita Harian.

Kesalahan didakwa dilakukan di premis Unique Two Recreation Centre di Jalan Perai Jaya 4, Perai dalam daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, pada 29 November lalu, kira-kira jam 7 malam.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aini Yahya, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Januari depan bagi serahan laporan perubatan dan kimia.

Media Ahad lalu melaporkan seorang lelaki warga emas dan penuntut universiti awam antara 13 individu ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat sauna di Jalan Perai Jaya, Seberang Perai, dekat sini.

Premis itu dipercayai digunakan untuk kegiatan hubungan songsang membabitkan golongan jantina sama.

Ketika serbuan jam 7 malam itu, beberapa pengunjung di tingkat dua premis itu didapati sedang melakukan aktiviti sauna dengan hanya berseluar dalam.

Sementara itu, sembilan lagi lelaki akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan atau melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki, mengedar, menjual atau mempamerkan bahan lucah seperti gambar dan video serta Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img