‘’Saya sedia hadapi pertuduhan, kita lawan di mahkamah Isnin ini’’ – Ahli Parlimen Padang Serai sahkan ditahan SPRM

AHLI Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengesahkan beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Bagaimanapun dalam kenyataan melalui video di Facebook beliau, Azman mempersoalkan  pertukaran statusnya daripada saksi kepada tertuduh dalam kes tersebut.

Azman menjelaskan pada 25 lalu, beliau telah dipanggil  ke Pejabat  SPRM Kedah pada 25 Mac lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan projek feedlot di bawah Kedah Agro.

Namun pada Khamis lalu, Azman berkata, beliau dihubungi pegawai penyiasat SPRM Kedah untuk bertemu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh arah utara, sebelum dibawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Saya dimaklumkan bahawa saya bukan lagi hadir sebagai saksi, tetapi sebagai individu yang akan dituduh di mahkamah. Perkara ini berlaku begitu cepat.

“Saya melihat tindakan ini berkemungkinan mempunyai pengaruh politik yang cuba mencemarkan imej saya sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional,” katanya.

Azman juga memaklumkan beliau akan didakwa pada Isnin ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam bersama dua lagi individu.

“Saya bersedia hadapi pertuduhan dan kita akan lawan di mahkamah,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img