2 lelaki bersenjata guna beg Lalamove rompak kedai emas di Nilai

POLIS sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 8.30 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kedua- duanya bertutup muka serta memakai topi keledar dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 biru,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

“Ketika kejadian terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan. Suspek menggunakan beg penghantaran Lalamove oren dan kerugian dianggarkan RM60,000,” ujarnya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img