20 kubur rosak akibat tanah runtuh

KIRA-kira 20 kubur di Tanah Perkuburan Sim-Sim di Sandakan, rosak akibat tanah runtuh awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Sulaiman Salama, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 pagi dengan runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak semalam.

Katanya, hasil pemantauan setakat ini mendapati runtuhan membabitkan kawasan cerun di tanah perkuburan itu.

“Kawasan jalan raya tidak terjejas kerana jarak runtuhan dianggarkan berlaku kira-kira 12 meter daripada laluan utama.

“Pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar sentiasa terjamin,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Sulaiman turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berada berhampiran kawasan itu terutama ketika hujan berterusan kerana bimbang risiko runtuhan susulan berlaku.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut melakukan pemantauan di beberapa kawasan risiko banjir susulan hujan berterusan.

Antara kawasan terbabit adalah Batu 16, Ladang Sandakan di Batu 10 dan Batu Sapi.

“Setakat pemantauan yang dilakukan bermula jam 2 pagi tadi, kebanyakan kawasan masih dalam keadaan terkawal dan tiada penempatan dilaporkan terjejas.

“Bagaimanapun, terdapat limpahan air di Jalan Lintas Batu Sapi yang menyebabkan berlaku gangguan lalu lintas, namun laluan berkenaan masih boleh digunakan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img