2,000 – 3,000 kontena mengandungi e-waste diseludup masuk melalui pelabuhan utama – SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperhebatkan siasatan terhadap premis-premis yang terlibat dalam pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram ke negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata,, hasil risikan mendapati dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena mengandungi e-waste telah diseludup masuk melalui pelabuhan utama negara.

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya

Syarikat-syarikat yang terlibat dipercayai dimiliki oleh warga asing dan mengimport sisa elektronik, plastik serta kertas untuk diproses bagi tujuan kitar semula. Komponen berharga seperti tembaga, aloi dan emas diambil, manakala baki sisa dilupuskan secara membakar, menanam atau dibuang terus sehingga mencemarkan udara dan sumber air

SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan ini dilindungi oleh pihak berkuasa tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang kemasukan sisa pepejal tersebut. Jika tidak dibanteras secara menyeluruh, ia berpotensi mengakibatkan pencemaran serius kepada negara.

Bagi menangani isu ini, Mesyuarat Petugas Khas Berkaitan Penguatkuasaan E-Waste telah ditubuhkan dengan keanggotaan 12 agensi termasuk SPRM, Agensi Kawalan Penerimaan Sisa (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mesyuarat ini akan meneliti undang-undang khusus berkaitan e-waste dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi memastikan kegiatan penyeludupan dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

SPRM memandang serius isu ini dan memberi amaran kepada pihak berkuasa yang terlibat agar segera menghentikan pengimportan e-waste.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img