3.49 juta kenderaan sehari pada hari puncak Aidilfitri – LLM

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangka jumlah kenderaan di lebuh raya akan mencecah hingga 3.49 juta sehari pada hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Penolong Pengarah Kanan, Pusat Pemantauan Operasi LLM, Ahmad Kamil Abdul Halim berkata, hari puncak perjalanan itu selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat iaitu sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun beliau berkata, LLM menjangka trafik mula meningkat bermula tengah hari, memandangkan cuti persekolahan sempena sambutan Aidilfitri bermula hari ini.

Katanya, LLM menjangka Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menerima kepadatan tertinggi mencecah 2.3 juta kenderaan sehari, iaitu pertambahan 22 peratus berbanding purata harian.

“Selain itu, Lebuhraya KL-Karak (KLK) pula dijangka mencecah sehingga 91 peratus dengan 210,000 kenderaan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 215,000 kenderaan sehari, iaitu pertambahan 84 peratus berbanding biasa,” katanya hari ini, lapor BH.

Berikutan itu, Ahmad Kamil berkata, pihaknya mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja penyelenggaraan selama hampir dua minggu bermula hari ini untuk memastikan kelancaran pergerakan di lebuh raya.

“Pusat pengurusan trafik LLM mula beroperasi 24 jam sehari pada waktu puncak bermula hari ini bagi memantau kelancaran aliran secara semasa (real-time).

“Sebanyak 34 lokasi Smart Lane sudah diaktifkan di seluruh negara untuk membantu melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal dan menampung kapasiti trafik pada hari Aidilfitri,” katanya.

Ahmad Kamil menasihatkan orang ramai memastikan baki e-Wallet dan kad Touch ‘n Go mencukupi serta merancang perjalanan dengan merujuk Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA atau laman sesawang AFA Prime.

“Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi baharu LLM iaitu TuJu Navigasi Lebuhraya (TuJu) bagi mendapatkan maklumat trafik terkini dan paparan sistem kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya bertol secara langsung,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img