4 individu termasuk 3 pegawai jabatan kerajaan negeri ditahan disyaki minta,terima rasuah RM580,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan empat individu termasuk tiga pegawai sebuah jabatan kerajaan negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM580,000 daripada sebuah syarikat jururunding bagi kelengkapan kawalan pencemaran antara 2020 dan 2025.

Kesemua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu direman lima hari hingga 24 Jan ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Farha Ismail di Mahkamah Majistret di Seremban, pagi tadi bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, mereka ditahan menerusi Op Mickey di sekitar negeri ini kira-kira 5.30 petang semalam.

“Kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2025 sebagai balasan menyalurkan maklumat syarikat yang mempunyai masalah sisa buang elektrik dan elektronik (e-waste).

“Mereka disyaki menerima wang rasuah secara berperingkat iaitu sekali pada 2020, kira-kira RM180,000 dan dua transaksi pada Januari dan Februari 2022, masing-masing berjumlah kira-kira RM200,000,” katanya.

Menurut sumber lagi, kesemua wang tersebut diperoleh melalui transaksi pindahan ke akaun bank seorang daripada suspek berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img