42 projek sertai program Pertandingan dan Pameran Inovasi di UTeM

SEBANYAK  42 projek inovasi telah menyertai  program Pertandingan dan Pameran Inovasi ( Innovative Competition Exhibition – ICE) 2026 di Kampus Teknologi,Unversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Khamis lalu.

Program yang melibatkan penyertaan 165 pelajar  dari universiti tersebut dan sekolah-sekolah sekitar Melaka dianjurkan oleh Jabatan Diploma Kejuruteraan Elektrik (DEL), Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), UTeM serta turut mendapat  kerjasama erat daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka serta Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE, UTeM.

Wakil Jabatan Pendidikan Negeri, Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Zulhilmi Suradi diiringi Ts. Dr. Mohamad Faizal Baharom (kiri sekali) dan Prof.Madya Ts Dr. Mohamad Fani Sulaima (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Kategori Sekolah, program Pertandingan dan Pameran Inovasi (Innovative Competition Exhibition – ICE) 2026, Kumpulan Eco Warrior dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang.

Antara sekolah yang mengambil bahagian termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai yang menghantar dua kumpulan pelajar, manakala SMK Sungai Udang, SMK Rahmat, dan Kolej Vokasional Melaka Tengah masing-masing menghantar satu kumpulan pelajar untuk menyertai pertandingan itu.

Dekan FTKE, UTeM Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Fani Sulaima merasmikan program itu yang menyaksikan dua kategori inovasi dipertandingkan iaitu Kategori Pelajar UTeM dan Kategori Sekolah.

Turut hadir  Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar FTKE Ts. Dr. Hazriq Izzuan Jaafar, , Ketua Jabatan Diploma FTKE Ts. Dr. Mohamad Faizal Baharom, Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Melaka  Siti Nur’Ain Arifin dan Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Zulhilmi Suradi.

Sesi perkongsian ilmu turut diadakan yang dikendalikan oleh Penceramah industri Ghafar Jenal yang merupakan  Pengurus Wilayah Medivest Sdn. Bhd dan  Penasihat industri bagi program diploma FTKE.

Prof.Madya Ts Dr. Mohamad Fani Sulaima (dari dari kiri), Ts. Dr. Mohamad Faizal Baharom (empat dari kiri) dan Zulhilmi Suradi (dua dari kanan) bersama hadirin di program Pertandingan dan Pameran Inovasi ( Innovative Competition Exhibition – ICE) 2026.

Program ini diketuai Pensyarah FTKE Norhazilina Bahari.

Tema program pada tahun ini ialah “Save Our Earth with Smart Green Technology’’ bagi menyokong agenda universiti ke arah kelestarian tenaga dan pemeliharaan alam sekitar. Tema ini juga selari dengan Pelan Strategik Hala Tuju UTeM dan Negara.

Penganjuran ICE 2026 bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil dan mempamerkan bakat inovatif dalam kalangan pelajar, malah turut memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi, agensi pendidikan dan pihak industri.

Usaha ini secara langsung menyumbang kepada pembangunan holistik pelajar serta memperkukuh jaringan kerjasama yang menyokong aspirasi pendidikan negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img