45 jemaah India terbunuh selepas tunaikan umrah, bas dinaiki bertembung lori tangki berhampiran Madinah

SEKURANG-kurangnya 45 orang maut selepas sebuah bas yang membawa jemaah Umrah bertembung dengan sebuah lori tangki diesel berhampiran Madinah, sekali gus mencetuskan kebakaran besar.

Kumpulan jemaah itu telah berangkat dari Hyderabad ke Jeddah pada 9 November, dengan perancangan untuk pulang pada 23 November.

Daripada 54 orang yang menyertai rombongan itu, empat pergi secara berasingan dengan kereta ke Madinah dan empat lagi tinggal di Makkah.

Baki 46 orang berada di dalam bas yang terlibat dalam nahas kira-kira 25 km dari Madinah sekitar jam 1:30 pagi waktu India (pukul 4 pagi waktu Malaysia), berhampiran Mufrihat, sejurus selepas mereka menyelesaikan ibadah Umrah.

Hanya seorang penumpang terselamat dan sedang menerima rawatan di hospital.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.30 pagi waktu India (IST) di Mufrahath, antara Badr dan Madinah, di sebuah jalan raya yang luas dan sering menjadi lokasi pemanduan berkelajuan tinggi. Kebanyakan penumpang sedang tidur ketika kejadian, sekali gus memburukkan lagi impak tragedi tersebut.

Perdana Menteri Narendra Modi menyatakan rasa sedihnya terhadap insiden itu serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya amat sedih dengan kemalangan di Madinah yang melibatkan warganegara India. Takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Saya berdoa agar semua yang cedera segera pulih. K

‘’Kedutaan kita di Riyadh dan Konsulat di Jeddah sedang memberikan segala bantuan yang diperlukan. Pegawai kita juga berada dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya dalam satu hantaran di X.

Menteri Hal Ehwal Luar, Dr. S. Jaishankar turut meluahkan rasa terkejut yang mendalam, menyatakan bahawa Kedutaan di Riyadh dan Konsulat di Jeddah sedang memberikan sepenuh sokongan kepada warganegara India serta keluarga mereka. “Ucapan takziah yang tulus kepada keluarga mangsa. Semoga mereka yang cedera segera pulih,” tambahnya.

Menteri Hal Ehwal Minoriti, Kiren Rijiju, berkata beliau “terkejut dan sangat sedih” dengan tragedi itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img