CATATAN pembantu peribadi kepada Allahyarham Bung Moktar Radin, ‘Magon Line’ dalam Facebook beliau menarik perhatian nitezen.
Dalam catatan itu, beliau memaparkan bagaimana sikap dan pengalaman bersama Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut. Berikut dipaparkan luahan hati beliau selepas Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi semalam di Kota Kinabalu:

Boss hampir 17 tahun aku hidup dibawa jagaan mu boss kini kita berpisah boss insyallah kita jumpa di syurga nanti.. amin ya Allah.
Aku rasa Aku tidak akan jumpa boss sebaik yang bernama Dato Bung Moktar Radin lagi aku reda atas pemergianmu boss… aku ikhlas tapi yang buat aku sedih air mata mengalir sebabkan kasih sayang dan cintaku terhadapmu boss seperti anak dan bapa..aku sayang kau boss pemergianmu sangat memberi kesan yang sangat dalam hidupku.
Terima kasih boss sebab ‘pungut’ aku daripada tiada apa-apa dan kau jaga aku selama hampir 17 tahun aku bersumpah boss adalah hamba Allah yang sangat baik pemurah selalu bersedekah kepada orang-orang susah, selalu menjaga solat, lidah selalu berzikir bertasbih. Bila tasbih boss hilang boss sudah panik suruh aku cari.
I love you boss aku doakan boss ditempatkan di syurga Allah. Kepergianmu hari yang mulia boss Jumaat semua orang impikan kematian hari jumaat. Sekarang ni tiada lagi call aku ajak pergi padang golf boss cakap cari-cari peluh.. hehe pasal samping pula bila sudah hari raya atau pun persidangan UMNO boss cari aku.
Kalau boss di KL boss video call aku hahaha tanya pasal ikat samping aku akan rindukan kau boss
Ya Allah aku mohon padaMu hadirkan la hambaMu yang bernama Moktar Radin ke dalam mimpiku. Boss datangla dalam mimpiku boss.. kita bual-bual dalam mimpi boss…aku rindu kau boss
I love you boss…boss tetap ada dalam hidupku sampai akhir hayatku..aku sayang kau boss.
Al-Fatihah


